SKY VISUAL didedikasikan sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan ulung dalam bidang aerial fotografi, videografi sinematik, khidmat pengimejan udara dan juga menyokong penggunaan drone yang selamat dan beretika untuk kebaikan bersama.

Digabungkan dengan kelengkapan visual darat, dan demi memenuhi keinginan pelanggan kami yang sentiasa berkembang, ianya menjadi satu ikrar utama kami untuk memberikan shot-shot kreatif yang sinematik dan artistik dengan kemahiran tinggi dan pengetahuan luas yang kami ada dalam bidang fotografi & videografi.

Sehingga kini, kumpulan kami dianggotai oleh fotographer dan videographer yg masing-masing mempunyai beberapa kemahiran unik lain seperti komunikasi PR dan skill pemasaran.

Dengan penubuhan syarikat ini, kami percaya secara berterusan akan dapat menghasilkan lebih banyak karya bermutu hebat sekaligus memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan yang sentiasa berkembang. Syarikat ini juga akan menjadi pemacu motivasi dan semangat kami untuk terus belajar kemahiran, teknik dan ilmu baru dalam menjadi syarikat yng relevan dengan perkembangan zaman.

Dalam usaha untuk menjadi pemain utama dalam industri perkhidmatan visual, kami telah melakukan beberapa tinjauan dan kajian berkenaan bidang dan industri ini. Pada masa akan datang, kami berharap dapat menjadi contoh yang baik kepada semua ahli professional kreatif di luar sana yang ingin mengikut jejak kami.

Demi ke arah itu, kumpulan kami akan berdiri teguh dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Kami juga akan sentiasa cekal dan tabah mengharungi segala dugaan dan kesusahan dalam industri ini. Doa kami, agar Allah mengurniakan kesempatan ini dan merahmati segala usaha kami dengan Rahmat dan Inayah-Nya, Inshaa Allah.

Amiinn..Ya Rabbal Alamiin..